Sunday, April 5, 2009

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pengenalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), matlamat pendidikan Negara dapat dinyatakan sebagai suatu usaha untuk melahirkan insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan harmonis daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa:

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

No comments:

Post a Comment