Tuesday, April 21, 2009

Sukaneka & Minisukan SR Anjuran PISMP Ambilan Jan '09

SK Pasir Putih...sekolah harapan negara..hebat la ba..sekolah pOn cantekk...

actually, kami ke sekolah ni (pada 18 april) nak menganjurkan sukaneka dan minisukan untuk membuat tugasan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum kami..bukan senang tau nak buat aktiviti seperti ni..nasib baik diluluskan (sebelum ni macam2 dah cadangan dan paperwork dihantar)

pagi2, kami dah kena tinggal bas IP..fuh!meradang suma budak PISMP, sapa la tak marah driver tu ambik 10 orang aje dalam bas tu..so, terpaksa la cari bas sewa len & guna kereta..

pastu..sampai sekolah lewat sket then kena siapkan peralatan dulu baru dapat mula..lambat jugak sampai berpeluh ni..dah dekat jam 10.30 camtu baru nak start senamrobik..pastu, sukaneka dan bola jaring, dan bola sepak..walaupun batch kami kalah,yang penting kami berjaya menjalankan program ini dengan jayanya..time tu saya jadi AJK Senamrobik (cam besa ler) dan fasilitator untuk Group 2..dan group 2 dapat nombor 5 daripada 10 kumpulan....cam tak caya aje..


~~setiap manusia ada kekuatan dan kelemahannya..

Wednesday, April 15, 2009

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Manusia

Baka
Baka atau “heredity” berasal daripada perkataan Latin “heres”. Le francois (1999) mengatakan baka ialah “The transmission of physical and personality characteristics and predispositions from parents to offspring.” Ini bermakna baka adalah melibatkan pemindahan sifat-sifat fizikal dan personaliti serta pembawaan daripada ibu bapa kepada anak-anaknya. Papalia et.al (2001) mengatakan baka ialah “...inborn influences on development, carried on the genes inherited from the biological parents…”.


  • Menurut Norman L. Munn, dalam Ee Ah Meng (1996) baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Manakala R. Hilgard pula menyatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan , minat dan kawalan emosi.

    Sel Pembiakan Lelaki Dan Wanita
    Prinsip pewarisan telah diperkenalkan oleh Gregor Mendel pada tahun 1960-an. Beliau berpendapat bahawa, dalam badan manusia dan tumbuh-tumbuhan terdapat dua jenis tret yang berbeza, iaitu tret dominan dan tret resesif. Sel-sel pembiakan berbeza daripada sel tubuh lain yang mana sel pembiakan hanya mempunyai satu fungsi khusus, iaitu menyalurkan hayat atau keturunan dari satu generasi ke satu generasi berikutnya melalui penyatuan di antara sel-sel pembiakan pasangan yang berlawanan jantina iaitu lelaki dan perempuan. Dengan kata lain, percantuman antara sperma dengan telor (ovum) akan menghasilkan zigot dan seterusnya menyebabkan berlaku pertambahan sesuatu keturunan.

  • Sel-sel pembiakan lelaki, iaitu sperma yang dihasilkan oleh testis, iaitu organ seks lelaki. Dalam sejarah kehidupan seorang lelaki, bahkan sebelum ia dilahirkan, sebahagian tisunya telah diasingkan dan berkembang untuk menjadi sperma dan seterusnya dapat menentukan jantina seseorang bayi yang bakal dilahirkan nanti. Tisu yang istimewa ini juga berkembang menjadi testis dalam tubuh seorang anak lelaki. Walau bagaimanapun semasa kanak-kanak, sel pembiakan sudah wujud dalam testis, tetapi belum mencapai peringkat kematangan. Apabila anak lelaki membesar menjadi dewasa, sel-sel pembiakan akan menjadi matang terutamanya bila ianya mencapai akil baligh. Justeru itu, sel pembiakannya menjadi matang dan membolehkan lelaki tersebut menjadi seorang ayah.

  • Manakala bagi seorang wanita, sel-sel pembiakan atau ovum dihasilkan oleh pundi telur dalam ovari. Setiap wanita mempunyai dua ovari, iaitu satu di kanan dan satu di kiri. Perkembangan sel-sel pembiakan wanita sama juga dengan lelaki, yang mana sel-sel pembiakan akan menjadi matang bila wanita berkenaan akil baligh atau remaja. Hormon akan mempengaruhi telur di dalam ovari. Hanya satu telur sahaja yang akan terhasil dan dikeluarkan pada setiap bulan. Sekiranya ia tidak bercantum dengan sperma, maka, telur tersebut akan dikeluarkan bersama-sama darah perempuan yang dinamakan darah haid. Oleh itu, sekiranya telur yang bergerak melalui saluran fallopian menuju ke rahim lalu bertemu dan bersenyawa dengan sperma semasa proses persenyawaan, maka, ia akan tertanam di dinding rahim untuk memulakan hayat baru yang dinamakan zigot.

    Kromosom Dan Gen
    Kita mengetahui bahawa badan kita terbina daripada berjuta-juta sel. Dalam sel ini terdapat pusat aktiviti yang disebut sebagai nukleus. Dalam nukleus pula terdapat kromosom yang mengandungi gen dan gen inilah yang mengawal sifat kita. Sebagai contoh, ia mengawal rambut seseorang sama ada kerinting atau tidak. Gen juga merupakan bahan baka yang membawa maklumat genetik yang terletak dalam kromoson. Jika dilihat menerusi mikroskop, kromosom adalah struktur bebenang dalam nukleus sel.

  • Manusia boleh hidup dan membiak kerana selnya boleh membahagi dua yang dikenali sebagai mitosis dan meiosis. Mitosis berlaku pada seluruh anggota badan dan menyebabkan kita membesar setiap hari. Bilangan kromosom yang terhasil tetap sama dengan gen asal yang kadang kala digelar gen induk. Meiosis pula berlaku dalam testis atau ovari untuk menghasilkan sperma atau ovum. Bilangan kromosom dalam sperma ialah separuh dari bilangan sel induk. Manusia mempunyai 23 kromosom iaitu separuh dari kromosom sel induk yang ada 46 kromosom.

    Terdapat banyak perbezaan antara mitosis dan meiosis. Antaranya ialah :
    Mitosos
    a. Berlaku dalam sel soma
    b. Untuk pertumbuhan fizikal
    c. Menghasilkan 2 "sel anak" setiap pembahagian
    d. Tidak menyebabkan variasi

    Meiosis
    a. Berlaku dalam organ pembiakan (testis/ovari)
    b. Untuk pembentukan sel gamet (sperma/ovum)
    c. Menghasilkan 4 "sel anak"
    d. Menyebabkan variasi

    Pewarisan Sifat
    Saintis telah mengetahui bahawa kebiasaannya organisma mempunyai sepasang kromosom yang membawa sepasang gen. Gen-gen ini mungkin sama atau berbeza. Terdapat dua jenis gen iaitu gen dominan dan gen resesif. Gen dominan ialah gen yang kuat dan mampu menonjolkan cirinya pada organisma. Gen resesif adalah gen yang lemah. Ia tidak boleh menonjolkan cirinya jika berjumpa dengan gen dominan. Gen resesif hanya boleh menonjolkan cirinya jika ia berjumpa dengan pasangan gen resesif yang sama. Gen dominan akan mengakibatkan sifat dominan. Berdasarkan kajian saintifik, beberapa contoh sifat dominan manusia ialah seperti sifat rambut kerinting dan kebolehan menggulung lidah. Sifat resesif pula adalah seperti sifat rambut lurus dan tidak boleh menggulung lidah. Persoalannya, bagaimanakah sifat-sifat ini boleh diperturunkan dari ibu bapa kepada anak?.
    Sel manusia mempunyai 46 kromosom (23 gen yang berpasangan). Sperma dan ovum yang terhasil dari meiosis hanya mengandungi 23 kromosom sahaja. Jika sperma membawa gen yang mengawal sifat rambut kerinting (dominan) mensenyawakan ovum yang membawa sifat rambut lurus, maka anak yang terhasil akan berambut kerinting.

    Struktur kromosom dalam gamet :-
    Sperma Ovum
    22+X atau 22+Y 22+X sahaja

    Kromosom X dan kromosom Y digelar sebagai "Kromosom Seks". Kromosom ini menentukan jantina seseorang.

    Kejadian Kembar
    Proses persenyawaan berlaku apabila sebiji ovum disenyawakan oleh 'seekor' sperma yang akan menghasilkan zigot yana mana ianya pula membesar sebagai fetus didalam uterus ibu. Pada kebiasaanya hanya satu zigot terhasil dari persenyawaan. Ini adalah kerana pada kebiasaannya wanita menghasilkan sebiji ovum setiap bulan dan sekiranya ia tidak disenyawakan maka ia akan dikeluarkan bersama dengan darah haid.

  • Walau bagaimanapun kadang kala lebih dari satu fetus terbentuk. Kejadian yang menakjubkan ini akan menghasilkan kembar. Pada asasnya terdapat 3 jenis kembar. Kembar itu ialah kembar seiras (identical twins) dan kembar tak seiras (non-identical) dan kembar siam (siamese twins).Berikut merupakan perbezaan kembar seiras dan tak seiras. Jadual dibawah akan menerangkannya dengan jelas :

    SEIRAS
    *satu ovum disenyawakan oleh 1 sperma, zigot yang membahagi 2.
    *mempunyai kandungan genetik sama.
    *ciri fizikal sama.
    *berkongsi plasenta.
    *jantina mesti sama.

    TAK SEIRAS
    *2 ovum disenyawakan oleh 2 sperma berbeza.
    *mempunyai kandungan genetik berbeza.
    *ciri fizikal (paras rupa) berbeza.
    *plasenta berasingan.
    *jantina mungkin sama atau berbeza.

    Kembar yang satu lagi ialah kembar siam (Siamese Twins). Kembar siam berpunca dari kejadian kembar seiras. Fetus yang membahagi dua kadangkala tidak berpecah sepenuhnya. Oleh itu kembar itu bercantum pada bahagian tertentu seperti pada dada atau sisi.

    Mutasi
    Semasa proses pembahagian sel, terdapat beberapa kes di mana terdapat kecacatan pada sel. Kejadian ini digelar sebagai mutasi. Mutasi boleh mempengaruhi kehidupan organisma. Mutasi berlaku apabila struktur gen atau kromosom berubah secara spontan. Para saintis genetik telah mengenalpasti 2 jenis mutasi iaitu mutasi gen dan mutasi kromosom. Mutasi gen berlaku apabila bahan kimia DNA berubah. Perubahan ini akan menyebabkan ciri organisma berubah. Mutasi kromosom pula berlaku apabila bilangan kromosom berubah. Kita telah mengetahui bahawa manusia mempunyai 46 kromosom. Gamet yang terdiri daripada sperma atau ovum pula mempunyai 23 kromosom. Jika mutasi kromosom berlaku, sperma atau ovum mungkin membawa 22 atau 24 kromosom. Anak yang terhasil dari persenyawaan gamet ini akan mempunyai ciri yang amat berbeza dari ibu bapa. Jadual dibawah adalah perbezaan antara kedua-dua mutasi tersebut :

    MUTASI GEN
    * Bahan kimia dalam gen berubah.
    * Cth penyakit :
    * Albino (kulit putih), Anemia sel sabit (kelihatan pucat), Hemofilia (darah tidak dapat membeku) , Buta warna.

    MUTASI KROMOSOM
    * Bilangan atau susunan kromosom telah berubah.
    * Cth penyakit :
    * Sindrom Down (mongolisme), Sindrom Kliffer (testis kecil).


    Setakat ini para saintis sungguh berminat untuk mengkaji tentang faktor yang menyebabkan mutasi. Antara faktor yang telah dikenalpasti ialah pengaruh bahan kimia beracun dan sinaran radioaktif. Pada masa yang sama saintis juga menggunakan pengetahuan ini untuk menghasilkan baka organisma baru menggunakan proses ‘mutasi buatan’. Contohnya saintis bidang pertanian telah berjaya menghasilkan jagung yang tahan penyakit. Ini dinamakan pembiakbakaan. Pembiakbakaan adalah merupakan satu bidang dalam penyelidikan genetik. Negara kita bergiat cergas dalam aktiviti penyelidikan genetik
  • Tuesday, April 7, 2009

    untuk tatapan bersama. . .

    *Kepimpinan (refresh topik Kompetensi Kecerdasan Emosi sem3 PPISMP)
    Siapakah yang dikatakan pemimpin?

    Sesiapa sahaja yang menunjuk arah, memandu, dan membimbing ke arah mencapai sesuatu tujuan tertentu dapat dikatakan sebagai pemimpin. Di sekolah, selain daripada pengetua dan guru-guru, pengawas-pengawas sekolah, ketua-ketua darjah, ketua-ketua rumah sukan dan lain-lainnya juga merupakan pemimpin-pemimpin muda yang berpotensi. Mereka adalah individu yang diberi tanggungjawab untuk memandu dan membimbing orang lain, iaitu para pelajar lain, untuk mencapai kecemerlangan akademik, kemantapan disiplin, dan menerapkan nilai-nilai murni kepada para pelajar sesuai dengan budaya sekolah.
    Bagaimana seorang pemimpin itu lahir di tengah-tengah masyarakat?
    Biasanya, para pemimpin dilantik berasaskan ketokohan individu-individu tertentu daripada kalangan orang-orang yang berilmu pengetahuan tinggi, memiliki ketrampilan dalam sesuatu bidang tertentu, dan berpengaruh mungkin kerana kekayaannya atau disebabkan oleh karisma yang ada dalam dirinya. Sementara itu, pemimpin-pemimpin dalam bidang pentadbiran negara pula, dari peringkat nasional sehinggalah ke peringkat daerah dan kampung, dilantik berdasarkan kepada pengalaman, ilmu pengetahuan serta ketrampilan tokoh-tokoh berkenaan dalam bidangnya masing-masing, serta bakat kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh mereka.

    Asas-asas Kepimpinan

    Peribadi atau sahsiah seseorang pemimpin itu biasanya dihubungkaitkan dengan kebijaksanaan. Seseorang pemimpin yang bijaksana adalah pemimpin yang memiliki kecerdasan yang baik. Dengan itu, dia dapat menggunakan budi bicaranya dengan adil dan saksama bagi kepentingan orang yang dipimpinnya.
    Seorang pemimpin yang baik adalah pemimpin yang percaya kepada dirinya sendiri. Dia harus yakin terhadap apa yang difikirkannya, diucapkanya dan dilakukannya. Justeru itu, dia harus berdisiplin serta boleh diteladani. Di samping itu, dia juga harus pandai bergaul dan menyesuaikan diri dengan orang lain, tetapi disegani kerana keunggulan peribadinya.
    Untuk menjadi pemimpin sesebuah kelab atau persatuan umpamanya, seseorang itu harus mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang lebih luas daripada yang lainnya serta mempunyai minat yang mendalam dalam bidang itu supaya dia berupaya member tunjuk ajar dan pimpinan yag berkesan.
    Satu hal yang tidak kurang juga pentingnya bagi seorang pemimpin ialah dia harus sihat dari segi jasmani, emosi dan rohani. Dia harus memiliki kestabilan emosi, tabah dan sabar, tenang dalam menghadapi sebarang masalah atau cabaran serta tahu memilih dengan tepat mana yang harus didahulukan mengikut prioriti.
    Pemimpin yang ideal adalah pemimpin yang mempunyai sifat terbuka. Dia harus suka berterus-terang; tidak menyembunyikan sesuatu sehingga menjadikan anggotanya menaruh perasaan syak wasangka. Selain itu, dia juga mudah dihubungi dan ditemui pada bila-bila masa oleh anggota untuk membincangkan sesuatu.

    Kesimpulan

    Secara ringkasnya, dalam sesebuah masyarakat moden sudah tentu kita tidak mahu melihat wujudnya pemimpin-pemimpin simbolik atau headmanship semata-matanya, khususnya di sekolah. Pemimpin seperti ini diwujudkan hanya sebagai perhiasan, tetapi tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai pemimpin yang baik atau berkualiti. Kita juga tidak mahu melihat pemimpin agitator yang sifatnya suka memecahbelahkan perpaduan pelajar, antiestablishment dan suka melihat keadaan sekolah menjadi kacau-bilau. Sebaliknya, apa yang kita harapkan ialah lahirnya pemimpin pelajar yang karismatik, berpengaruh, yang bukan sahaja mempunyai keahlian atau ketrampilan, tetapi mempunyai keperibadian unggul sehingga dia diterima oleh semua orang.

    Sunday, April 5, 2009

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan


    Pengenalan
    Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), matlamat pendidikan Negara dapat dinyatakan sebagai suatu usaha untuk melahirkan insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan harmonis daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS).

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa:

    "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

    Thursday, April 2, 2009

    Pendidikan Prasekolah di Malaysia

    LATAR BELAKANG

    Garis Panduan Kurikulum Prasekolah telah digubal buat pertama kali semasa Projek imbuhan dijalankan pada tahun 1973 hingga 1983.
    Sempena dengan perlaksanaan program pendidikan prasekolah ‘annex’ iaitu penubuhan tadika di sekolah rendah seluruh negara maka garis panduan yang sedia ada pada masa itu disemak semula mengikut perkembangan semasa dan keperluan agensi yang menjalankan pendidikan prskeolah. Garis panduan itu telah diterbitkan pada tahun 1993.
    Akta Pendidikan 1996 telah menaikkan martabat pendidikan prasekolah dengan memasukkan pendidikan prasekolah ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
    Sehubungan dengan itu satu garis panduan kurikulum prasekolah yang juga dipanggil kurikulum prasekolah telah diterbitkan pada tahun 1998 dan dikuatkuasakan penggunaannya mulai 1 Januari 1999 untuk semua tadika di negara ini.

    MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

    Satu program bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah

    KOMPONEN KURIKULUM PRASEKOLAH

    Komponen Bahasa Dan Komunikasi
    Komponen Perkembangan Kognitif
    Komponen Kerohanian dan Moral
    Komponen Perkembangan Sosioemosi
    Komponen Perkembangan Fizikal
    Komponen Kreativiti dan Estetika

    Wednesday, April 1, 2009

    tiada air - pelajar merana


    sejak masuk IP ni (dari 2007), masalah ketiadaan air sudah menjadi kebiasaan tapi kadang2 stress la jugak kalu dah lama sangat ni..
    sampai bila la masalah ni selesai...takkan la sampai graduate...
    gambar kat sebelah ni saya ambik time 2 hari pas balik SBE..malangnya, balik IP aje takde air..pastu IP dah tak sanggup nak bayar kos air yang banyak,so, warden ajak la g sungai cuci baju guna bas sewa (teringat plak zaman nenek saya dulu kala..) ihik..saya ni len kes plak..dapat tau aje announcement tu,trus ajak roomate..g sana bukan nak cuci baju, tapi nak jalan2 relaxkan minda...
    skali sampai sana..dah tahan sangat tengok air, mandi la plak..sampai time mandi tu pinjam baju kawan..huhu..
    sejukkk giler.. yang len bz mencuci baju, ustaz plak memancing ...kami balik senja..on d way balik,time azan maghrib sempat berhenti tengah2 jalan (yang muslim g surau)..

    Pengalaman Berasaskan Sekolah

    selepas seminggu bercuti, kmorg g ke sekolah rendah untuk menjalani program PBS...
    banyak pengalaman suka dan duka time PBS yang saya dapat..

    yang tak besh, on the first day tak dapat layanan baik dari guru2 (tapi hari2 len dah ok sket sebab saya berjaya merapatkan diri dengan dorg-itupun sebab nak mintak maklumat sekolah aje..huhu) mungkin sebab saya ni bukan orang sini dan tak reti nak bercakap dusun kot (majoriti orang dusun kat area tu)...pastu dorg tengok saya & kawan saya ni baru first sem (degree) tu la yang dipandang rendah tu..pendek kata, sabar aje la...then, diarahkan masuk untuk ganti kelas - tahun 4, 6, dan 1 . .

    yang besh, dapat meng'enjoy'kan diri sendiri kat sini (nasib ada kawan seperjuanganku Suzie) sambil menimba pengalaman...cam besa, dapat la saya melepaskan gian saya mengambil gambar dari pelbagai sudut ni termasuklah gambar2 curik(Ops!)...yang lucu plak ada cikgu2 yang tak kurang handsomenyer yang sibuk mintak digambar ni kami tak layan pOn,ahaks! pastu, dapat leypaq2 kat preskul sambil layan karenah budak2 yang comel2 & noty2..sampai dorg jadi rapat dengan saya dan panggil "kakak" lagi tu..beshhh...time dah abis preskul, leypaq kantin aje laaaa...
    (sebab kat IP tak bleh buat time kuliah)..ihik..

    ~moral: len kali kalu nak g PBS, ajak kawan ramai2 satu sekolah so, tak la boring...pastu tugasan cepat siap..dan . . .


    bye!

    thanks for the memory...


    hepi holiday! kali ni saya g Sandakan...beshhh..byk tempat saya pegi..dari shopping kompleks ke airport, souvenir centre, pantai, maktab Sandakan (kini SMK Datuk Pengiran Galpam, tokong, gereja lama & baru Anglican (St Micheal), muzium (Rumah Agnes Keith),tepi laut, dan akhir sekali ke trigg hills..
    pendek kata, enjoy la..lots of seafood here!

    congrats!



    berkat kesungguhan dan pengorbanan (masa dan wang ringgit yang tak terkira banyaknya)..akhirnya kelas PISMP Prasekolah Ambilan Jan '09 mendapat anugerah kelas terbersih dan tercantik bulan ni...salute la korg geng!

    bak kata orang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..betul tak??

    urm, walaupun hanya piala pusingan (yang dah tak terkira berapa tahun usianya), tapi napa masih jadi rebutan

    in the making...





    dah terhantuk baru nak tergadah...dah kena sound baru nak g hias kelas..ni ler budak2 PISMP Preskul Ambilan Jan '09..ihik..


    maklum la, baru pindah kelas...kunun (tapi ni dah bulan Mac,pa kes??)


    suma terlibat dalam aktiviti ni..besh plak..


    saya pun tak ketinggalan..

    sehari menjadi cikgu...

    disebabkan tiada guru prasekolah kat Prasekolah Seri Murni, akhirnya kami terpaksa la berganti2 jadi cikgu kat sana...penat jugak layan budak2 yang hyperactive ni..tapi besh la jugak..
    yag penting ada pengalaman...

    Kejohanan Olahraga Ke-4 IPGM

    awal2 pagi,kmorg dah g kompleks sukan..bas yang kami naiki (tak ingat berapa jumlah) adalah bas sewa..fulamak...beshh...sampai kompleks aje, trus g register nama (terkezut sebab baru tau acara 1500m yang first bermula)..nervous tak terkira, nasib ada Scholas(kawan dari rumah Mat Salleh jugak) yang ikut acara tu..hilang sket nervous..dipendekkan criter, Scholas berjaya mendapat pingat emas pertama dan saya plak dapat gangsa kedua untuk rumah Mat Salleh..
    petang plak majlis penutupan..dah penat lari, kena suruh buat rehearsal plak..pastu keadaan jadi kelam kabut kejap sebab pengarah tiba2 datang dari yang dijadualkan...kawad kaki memang besh la tahun ni..khasnya Pandu Puteri (Johan Kawad Kaki UB) dan Rumah Mat Salleh (Johan Kawad Kaki Rumah Sukan)..Johan keseluruhan plak dimenangi oleh Rumah Tuah..olahragawan-Marcyllus & olahragawati-Mildred..congrats!