Sunday, August 30, 2009

How to find a site that has been erased from the internet?

When a site has been cleared of the Internet, it must succeed in retrieving the cache it, because some sites and search engines stores sites in what is called the cache, and that's how you can find your site even if it is offline or the version of your site that dates back several months.

For example, access to the cache of your site through,
www.archive.org

Or,
Warrick

But still, the Firefox extension,
Resurrect Pages

There is even a web browser (based on Internet Explorer) specially dedicated to archive websites is available here
Google Cache Explorer

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Selamat Menyambut Hari
Kemerdekaan Ke-52
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Holy Trinity...


Holy Trinity Catholic Church, Tawau
Rev. Fr. Cosmas Lee (Rektor Paroki)


Rev. Fr. Thomas Madanan (Pembantu)


Batu l'/2 Jin. Melati, Peti Surat 21, 91007, Tawau. Sabah


Tel: 089-772226 Fax. 765894.




>>>i love this view! especially the painting..


Tuesday, August 11, 2009

Perogol Siber

Modus Operandi Baru seorang Perogol
Perogol bukan lagi melepak di tepi jalan dan menunggu mangsa untuk diratah namun bertukar menjadi jenayah tersusun apabila mereka mengkaji sifat mangsanya terlebih dulu sebelum bertindak.
Perbuatan itu lebih senang dilakukan jika perogol berkomunikasi secara maya tanpa perlu mendedahkan identiti terutama wajahnya terlebih dulu memandangkan proses hubungan itu memerlukannya mencungkil seberapa banyak maklumat sebelum menjerat mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa.


Gejala ini masih berleluasa walaupun ia tidak membabitkan statistik besar, namun perkembangan Internet yang berleluasa sedikit sebanyak memberikan perogol idea baru mencari mangsa mereka. Internet menjadi sebahagian hidup terutama golongan muda kini. Menghalang mereka menggunakan Internet seolah-olah melumpuhkan separuh hayat mereka.

Mangsa Sasaran Perogol Siber
Janis Wolak dari Universiti New Hampshire memaklumkan kajian ke atas jenayah seks mendapati perogol menggunakan Internet yang mensasarkan kanak-kanak atau remaja sebagai mangsa mereka.

“Kebanyakan lelaki dewasa menggunakan Internet untuk mengganggu kanak-kanak atau remaja sehingga mengajak mereka melakukan hubungan seks. Ia berlaku sejak zaman Internet mula diperkenalkan lagi,” katanya.

Katanya, perogol siber menggunakan pelbagai perkakasan komunikasi dalam Internet seperti mesej ringkas, e-mel atau laman sembang untuk berjumpa dan memulakan hubungan intim dengan mangsa. “Malah, terdapat kajian menunjukkan lima peratus pesalah berlakon sebagai budak remaja apabila mereka mahu berjumpa bakal mangsa secara online,” kata Wolak.

Jelas, ini membuktikan tidak semua maklumat yang diperoleh di Internet boleh dipercayai.
Malah, dalam kebanyakan kes ia meletakkan risiko serta bahaya terutama kepada kanak-kanak yang masih belum dapat membezakan antara palsu dan kebenaran.

Berdasarkan kes dilaporkan polis, ternyata Internet boleh menjadi perantara yang cukup mudah untuk penipu mahupun perogol melakukan jenayah. Jika wanita dewasa yang dikira cukup matang untuk membezakan antara palsu dan benar juga boleh tertipu, apatah lagi kanak-kanak.


Bagaimana untuk mengelaknya?
Beberapa perkara utama yang perlu ditekankan ibu bapa kepada anak ialah tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang asing atas alasan apa sekalipun.

Maklumat ini termasuk nama penuh, alamat, nombor telefon, tarikh lahir, nama sekolah atau alamat e-mel serta nama orang lain termasuk ahli keluarga.

Langkah-langkah bagi membendung gejala ini seperti disyorkan laman e-keselamatan:
1. Anak kecil tidak boleh menggunakan ruang sembang - bahayanya cukup besar. Apabila mereka semakin besar, halakan mereka ke ruang sembang yang diawasi dengan rapi.
2. Jika anak anda menyertai ruang sembang, pastikan anda tahu ruang yang mereka lawati dan dengan siapa mereka berbual. Awasi kawasan bual itu sendiri untuk melihat jenis perbualan yang berlangsung.
3. Arahkan anak anda agar tidak meninggalkan kawasan awam dalam ruang sembang. Kebanyakan ruang sembang menawarkan kawasan peribadi yang mana pengguna boleh berbual antara satu sama lain secara lebih peribadi.
4. Pastikan komputer yang disambung pada Internet diletakkan di ruang kegunaan bersama dalam rumah dan bukan di dalam bilik anak.
5. Jika anak masih kecil, mereka perlu berkongsi alamat e-mel keluarga dan bukannya mempunyai alamat e-mel sendiri. Apabila mereka semakin besar, anda boleh meminta Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk menetapkan alamat e-mel berasingan, tetapi e-mel anak anda masih berada dalam akaun anda.
6. Jika semua langkah pencegahan gagal dan anak anda tetap menemui pemangsa dalam talian, jangan salahkan mereka. Penjenayah itu harus bertanggungjawab sepenuhnya. Ambil tindakan tegas untuk menghalang anak anda daripada menghubungi orang itu lagi.


Rakan Facebook

Dunia di hujung jari, kenyataan yang seringkali kita dengar, sinonim dengan perkembangan teknologi zaman kini. Segala maklumat yang di inginkan boleh diperolehi dalam sekelip mata, dengan menekan satu butang. Apatah lagi dengan kewujudan fenomena laman sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace, Friendster dan lain-lain. Maklumat peribadi boleh didapati dengan mudah sekali.

Dengan Facebook, misalnya, memudahkan kita berhubung dengan rakan-rakan yang lama terpisah sejak masing-masing menamatkan zaman persekolahan. Namun sesuatu yang menggangu minda saya adalah, sejauh mana kita kenali rakan Facebook kita? Lihatlah akaun masing-masing, jumlah rakan yang di kumpul meningkat ke angka ratusan, mungkin juga ribuan. Sekilas pandang umpama artis terkenal.



Tetapi pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri, siapakah gerangan rakan Facebook ini? Adakah rakan tadika yang lama terpisah, kenalan baru yang dijumpai di kafe semalam, ataupun pembunuh bersiri?


Mungkin agak keterlaluan dan menakutkan jika saya katakan kemungkinan rakan Facebook kita adalah pembunuh bersiri, tetapi siapa yang tahu, di kala zaman siber, manusia boleh ‘meminjam’ identiti dan adakalanya manusia juga boleh berubah. Penampilan rakan sekolah dahulu seperti ‘nerd’, kini boleh menjadi seorang ahli perniagaan yang kacak bergaya. Si popular salam kelas mungkin kini seorang penagih dadah.

Disebabkan perubahan ini, kita wajar mengambil langkah berjaga-jaga ketika memilih rakan Facebook. Nasihat ibu masih terngiang-ngiang di telinga, pandai-pandailah memilih teman dan menegur orang yang tidak dikenali. Prinsip inilah yang harus dipegang semasa memilih rakan siber juga. Tambahan lagi apabila maklumat peribadi selengkapnya beserta gambar-gambar peribadi ditayang di laman Facebook ini. Manusia pelbagai ragam, maka untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini, seperti maklumat peribadi disalahgunakan atau gambar diri sendiri dalam keadaan mencurigakan, langkah berjaga-jaga harus di ambil.

Bukan sekadar menggempurkan kalian, tetapi anggaplah sebagai tauladan. Perkara sebegini pernah berlaku kepada teman saya sendiri. Akibat cemburu, gambar peribadi ketika berpesta telah disebarkan kepada seorang pensyarah di universiti. Mungkin di universiti lain, ini bukanlah perkara yang besar, namun di universiti ini, kelakuan pelajar di dalam dan di luar universiti mesti mencerminkan peribadi dan akhlak Muslim sejati. Dibuang kerja ataupun dibuang universiti kerana perkara sebegini bukanlah sesuatu pengalaman yang indah.

Ada juga rakan saya yang diikuti peminat misteri kerana menyatakan di mana dia akan berada di dalam ruangan ’status update’nya. Memikirkan semua rakan Facebook merupakan kawan lama, dia menganggap status update mengenai aktiviti hariannya tidka membahayakan. Tetapi setelah berlaku peristiwa tersebut, beliau lebih berhati-hati. Perlukah satu dunia mengetahui segala maklumat mengenai kita dengan terperinci? Nampak sahaja glamor hidup sebagai seorang yang terkenal. Tetapi pernahkah kita selami hati mereka, bagaimana mereka sentiasa mengharapkan dapat menjalani hidup yang normal tanpa orang mengambil tahu tentang peribadi mereka. Tanpa kehidupan harian dijadikan topik bualan orang ramai, tanpa perlu resah ada seseorang yang mengikuti mereka sepanjang waktu.

Kalian boleh menganggap ini semua sebagai risau yang tidak berasas, mungkin juga saya seorang yang worrywart, tapi fikirlah sejenak..




Friday, August 7, 2009

‘Ganasmu Pok Su’

tadi ada tutorial Murid dan Alam Belajar..penat giler nak salin nota...kepala aku pOn dah pening....baca nota kat LCD yg terlalu byk dan colourful.....then.......aku try la baca myMetro(online)...
dlm byk2 berita, aku memang terkezut dgn berita ni.."Ganasmu Pok Su" ..sebab aku dah bosan baca berita H1N1 ni..

KUALA TERENGGANU: Usianya sudah mencecah 61 tahun dan sepatutnya keperluan seks dan tuntutan nafsu bukan lagi keperluan utama terutama ketika isterinya yang terlantar di rumah memerlukan perhatian rapi akibat sakit tua.Namun, akibat tidak dapat menahan gelora nafsu, lelaki warga emas terbabit kini direman empat hari bagi membantu siasatan selepas dia berahi melihat seorang janda beranak sembilan berusia 51 tahun yang juga jirannya, kelmarin.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata lelaki itu bukan saja terpaksa bermalam di lokap, malah turut cedera di kemaluan selepas mangsa cabulnya menghentak lutut pada bahagian sulit suspek bagi menyelamatkan diri.Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi selepas mangsa berjalan untuk menoreh di kebunnya yang terletak beberapa meter dari rumahnya di Kampung Bukit Perpat, Ajil, Hulu Terengganu sebelum secara tiba-tiba dihampiri lelaki berkenaan.

“Sebaik berjalan di satu lorong, mangsa dikatakan terserempak dengan seorang lelaki dikenali dengan panggilan ‘Pok Su’ sebelum suspek terus memeluknya dari depan menyebabkan wanita itu panik walaupun cuba meronta supaya dilepaskan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ‘Pok Su’ sempat mencium leher, menyelak baju dan menghisap payu dara mangsa menyebabkan hasrat wanita warga emas itu mencari nafkah terbantut akibat perbuatan jijik lelaki itu.“Ketika cuba terus diperkosa, wanita itu terpaksa bertindak mempertahankan diri sebaik mendapat peluang, dia menendang kemaluan suspek dengan lutut.“Sebaik disepak, suspek terlepas pelukan menyebabkan wanita berkenaan melarikan diri dan mendapatkan bantuan orang ramai,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.Harian Metro difahamkan, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Wakaf Tapai, Marang, kira-kira jam 7.30 malam sebelum sepasukan anggota polis menahan suspek di rumahnya di kampung sama untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

##apa nak jadi la dgn manusia sekarang ni......semakin tinggi ilmu tapi semakin rendah harga diri...

Monday, July 20, 2009

EDISI KHAS UNTUK PISMP PRA'09!

say cheese!



blueberry cake....



present...jangan ingat kotak yang besar tu hadiahnya pun besar...


agar2...perisa pandan..yummy! (also laicy n strawberry)


sedap ke??kalau dah lapar tu,makan aje la..
time tu aku dah lapar tahap .....??!


kemuncak...bertukar2 hadiah..


andrew??dapat hadiah ape tu??
hahaha....saja nak kenakan orang..tapi andrew plak jd mangsa
(dpt pad)...masliza plak dapat (underwear pakai buang)...
haha! sememangnya aku nakal..
bukannya apa, aku bosan ar kalu nak bagi hadiah skema ni..
skali skala apa salahnya bagi kejutan..


nisa...photography amateur cam aku jgk..


cinderella....ciannnn...


yang ni plak....pencurik makan..
haha..kantoi makan awal


in the making.....


chief2 preskul yg komited..


lelaki pun pandai buat air la...itupun air sirap aje..
hehe..


yang ni plak??apa kes?
orang busy buat keje..dia pegi tido..

Thursday, July 16, 2009

Happy Anniversary!

SELAMAT ULANGTAHUN KEPADA SEMUA RAKAN GURU PELATIH AMBILAN 16 JULAI 2007...SEKARANG DAH 2 TAHUN KITA MENEMPUHI PENGALAMAN SUKA DAN DUKA DI IPGM BERSAMA2...I CAN'T WAIT FOR THE 5th ANNIVERSARY ...

damaged!




apa kes ni??ni la akibat terlalu GANAZ ketika menggunakan laptop(men game)...sampai tercabut huruf "N"...haha(x pernah dibuat orang)...
then, terpaksa la guna keypad (USB) tu time nak menaip coursework coz menda ni x termasuk dalam warranty...
gambar kat atas ni adalah gambar pas keyboard tu dikeluarkan dari laptop (kini dah ditukar dgn yg baru-time cuti baru2 ni kat Sarawak)...susah jugak nak ganti menda ni rupanya (kat Sabah cam xda, sebab aku dah try tanya beberapa tempat)...terpaksa order kat branch HP sendiri..so, kena ambik masa sket (terpaksa di pos dari KL)..tapi nasib baik ada kawan dari kedai laptop yg tolong..so, dapat la repair awal...
harga ni around RM 250 and above (ikut jenis laptop)...hari tu aku bayar RM 275..phew! habis allowance aku...kira ok sket la berbanding tempat len, dorg caj RM300 and above...
sekarang, laptop aku dah kembali normal...

Tuesday, July 14, 2009

Kenali karakter melalui tarikh lahir

PELBAGAI elemen dapat dikenal pasti antara anda dengan si dia dicintai. Antaranya, persamaan minat dan cita rasa.Ilmu kaji bintang atau sains metafizik turut meletakkan kajian terhadap elemen nombor atau tarikh lahir sehingga boleh menzahirkan karakter seseorang. Elemen logam, air, kayu, api dan tanah dinyatakan dalam bentuk tersirat menerusi tarikh lahir berkenaan mengenai pelbagai jenis sikap. Walaupun ia sekadar tekaan berdasarkan nombor atau tarikh lahir, semak panduan berikut jika mahu mempercayainya. Andai sebaliknya, abaikan saja.
· Lahir pada 1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.

· 2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.
· 3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.
· 4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.
· 5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.
· 6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.
· 7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.
· 8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.
· 9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.
· 10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.
· 11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.
· 12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.
· 13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.
· 14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.
· 15 haribulan - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?
· 16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.
· 17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.
· 18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.
· 19 haribulan - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.
· 20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.
· 21 haribulan - 'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.
· 22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.
· 23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.
· 24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.
· 25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak. · 26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.

· 27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.
· 28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.
· 29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.
· 30 haribulan - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan. · 31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.

Tuesday, July 7, 2009

di suatu pagi...


hari ni adalah ke-10 aku pergi kuliah..
penat giler...awal pagi dah diarahkan pegi gymnasium...ada tugasan mengenai pergerakan asas (lokomotor dan bukan lokomotor) dengan menggunakan peralatan...
group aku ok2 aje, dorg suma bg kerjasama...then yang len?? no comment la (masing2 bz ngn hal sendiri)....
yang x beznye...time nak balik, coursemate aku ni cam x reti nak kemaskan barang pas guna...
so, kami 5 orang aje yang kemaskan peralatan & sampah dorg...perghhhh...sabar aje la!
then...aku balik ke kelas...ada kuliah...oleh sebab BORING, aku ter"LOST' kejap dalam dunia aku sendiri...sampai x sempat salin nota..huhu...
pastu...ada meeting..nak uruskan B.I.G...ni ler 1st B.I.G aku....
kali ni gabung ngan PISMP PS 09...kunun2nya nak pegi SK Batu 4...tapi kena tunggu pengesahan kertas kerja dulu...
pasal SBE plak..aku x tau nak pegi mana...semalam aku baru dapat tau kali ni SBE diwajibkan di sekolah luar bandar....i have no idea la...
.

Wednesday, July 1, 2009

Out of This Club...

"Out Of This Club"
[Chorus:]
Baby won't you take me out of this club
I wanna be with you
Baby let me take you out of this club
I make your dreams come true
Baby won't you take me out of this club
I wanna be with you

I smiled enough
I flirted enough
I posed enough
Got freaky enough

Took pictures enough
Conversated enough
I sipped enough
I got enough

I see a cute boy chilling in some jeans and Tims
I think i like him and i just might leave this club with him
And his swagger tight, i'm feeling the tattoos on him
Make me wanna, wanna, wanna got with him

VIP like "Hey"
Dissing with my girls like "Hey"
Then i call him off to meet me
I couldnt resist, so sexy

DJ get on the mic
And make them ... from the front to the rear
Yall ain't gotta go home
but you gotta get the hell up outta here

I drank enough
I danced enough
I partied enough
I sweated enough
I stuttered enough
I flossed enough
I snapped enough
Two step enough......
................


suddenly, i fall in luv with dis song....it reminds me something...