Tuesday, March 31, 2009

sehari sebelum Kejohanan Sukan ke-4 IPGM Kampus Tawau



penat giler tau buat latihan (jogging & latihan persembahan senamtari untuk Kejohanan Olahraga)..seminggu tak dapat relax...

ni baju IP dan baju rumah sukan Mat Salleh (pembolot pingat) yang akan dipakai time Kejohanan Sukan tu..huhu..

cantekkk...jangan jealous yerk!

Thursday, March 12, 2009

Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan

Sistem pendidikan adalah berasaskan sistem pondok yang diadakan di madrasah dan di sekolah-sekolah agama.
Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 7920-an hingga 1940-an. Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit Mertajam Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang.
Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah pondok, iaitu dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan peralatan (kerusi meja).
Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bennoral tinggi.
Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.


Sekolah Vernakular
Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah.
Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.
Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu:
Pagi

a. Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam
b. dan mata pelajaran vokasional

Petang

a. Bahasa Arab
b. dan al-Qur'an
Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitu
MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan
MPPM di Melaka pada tahun 1935.
Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan.
Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari Negara China.
Contoh sekolah vernalular Cina ialah
SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan
SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.
Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di Melaka, Pulau Pinang dart Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan.
Sekolah vernakular'I'amil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart India. Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.
Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta huruf.
Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dart menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 ) merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang mendapat pendidikan di Eropah.
Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British
Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan:

Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum.
Kurikuium sekolah berbeza.
Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah.
Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa pengantarnya ialah bahasa Mandarin.
Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan tentang status dan keadaan pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat diambil.
Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam.
Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris mula diperkenalkan. Contohnya,
i. King Edward VII, Taiping di Perak dan
ii. Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.
Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu. Sekolah vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan buruh.
A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak sekolah Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk pelajaran biasadari sesi petang untuk pembelajaran agama.
Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-sekolahini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan peniaga. Sekolah-sekolah Cina ini berkembang pesat dan diteruskan ke peringkat sekolah menengah.
Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula mendapat bantuan dari Negara China dan telah menggunakan bahasa "Kuo Yue" : Mulai tahuu 1920-an, sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama ada untuk mendapat bantuan dari Negara China atau kerajaan tempatan.
Sekolah-sekolah tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan dalam sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-an. Sekolah Tamil telah diadakan untuk majikan estet dan hanya di peringkat sekolah rendah sahaja.
Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun 1923 clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah Tamil diberi kemudahan mengajar kepada anak-anak pekerja buruh.
Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan oleh mubaligh Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira ras dan agama. Sistem pendidikan ini sejak awal lagi telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi meningkatkan persaingan hebat di kalangan semua kaum.
Sejak pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang digunakan adalah `monitoral system' di mana guru-guru dibawa dari England clan kos perbelanjaan untuk tujuan ini kian meningkat. Justeru, Jawatankuasa Wooley pada tahun 1870-an telah membuat penelitian dan mencadangkan agar alternatit lain diperoleh clan hasil daripada laporan ini, maka sistem "bekerja sambil belajar" telah diperkenalkan.
Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan profesional. Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an, dua buah institusi tempatan diwujud untuk menyediakan latihan perguruan. Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan (1935) untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam bidang pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah dan kolej berfungsi kembali setelah proses membaiki bangunan dan melengkapkan kemudahan serta peralatan sekolah siap selepas tahun 1946.


Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan


Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan elepas kemerdekaan, iaitu:

Laporan Barnes (1950)
Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.
Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat keduclukan clan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:

Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar.
Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.
Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah:
Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.


Laporan Fenn-Wu (1951)

Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.
Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952).
Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:
Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan.
Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.
Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

Ordinan Pelajaran (1952)
Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.
Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.


Rumusan
Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masing­-masing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing-masing. Apa yang jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran clan aspirasi yang berlainan di kalangan masyarakat pada masa itu.

Thursday, March 5, 2009

Kepentingan Bermain dalam Pendidikan Prasekolah

(oleh: Mariani Md Nor, PhD
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya)


Pengenalan
Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang
memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan
apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin
akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi
kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu.
Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi
kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah,
tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak
wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanakkanak.
Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak kerana
main menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masingmasing
(Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanakkanak
yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami
pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap
adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa
tersebut.
Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat
membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990).


Main Dalam Kurikulum
Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilaksanakan berdasarkan kurikulum
yang digunapakai. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif
kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa perancangan tetapi main
yang mempunyai unsur seperti:
i. main yang terancang
ii. main yang berstruktur
iii. main yang fleksibel
iv. memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif
Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, main merupakan
perkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah,
khususnya dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna
tanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main samada
bahan jenis menumpu atau mencapah. Banyak pendapat yang boleh menjadi panduan
kepada penggunaan bahan main. Antara yang telah disebut oleh Hughes (1999) yang
menyatakan
Divergent objects may guide children to numerous approaches, leading them to
appreciate the fact that problems may have multiple solutions.
Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main. Antaranya ialah:
i. mengalakkan imaginasi
ii. memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba
iii. menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial
iv. membina keyakinan diri
v. berorientasikan proses bukan hasil,
dan lain-lain kebaikan terutama yang banyak melibatkan jenis bahan seperti bahan
kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendiri
dan bahan semulajadi. Main bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari
dahulu lagi. Tidak hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu dari
kaedah pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.


Trend Ikutan Abad ke 21
Mengikut trend terkini dalam sistem pendidikan prasekolah, kanak-kanak telah menjadi
topik perbualan penting terutama jika isu pendidikan ditimbulkan. Isu kanak-kanak telah
menjadi fokus utama untuk segala pelakuan pihak-pihak yang tertentu baik ibu bapa
maupun pembuat dasar polisi, individu perseorangan dan badan tertentu. Trend sebegini
telah membawa kepada kedinamikan perancangan dan pengurusan bilik darjah prasekolah,
khususnya dalam konteks di Malaysia.
Kurikulum Kebangsaan Prasekolah sering dijadikan sebagai panduan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Malangnya kurikulum yang menjadi garis
panduan unuk proses pembelajaran kanak-kanak tidak begitu nampak ketara
penggunaannya di prasekolah yang wujud di Malaysia kecuali di prasekolah Annex. Ini lah
yang menjadi isu kepada ketidakseragaman amalan pengajaran pembelajaran dan
kurikulum yang dipelajari oleh kanak-kanak di mana-mana prasekolah yang wujud. Maupun
wujud perbezaan ini, aktiviti bermain sentiasa dianggap sesuatu yang perlu wujud tidak
mengambil kira jenis tadika, bilangan guru berkelayakan dan lain-lain.
Dalam konteks di Malaysia, program pendidikan prasekolah merupakan program
tidak formal untuk murid berumur antara 4 hingga 6 tahun bertujuan untuk menyediakan
murid dengan kehidupan seharian dan juga persediaan menghadapi pendidikan formal
sekolah rendah. Kurikulum Prasekolah ini dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai
pendekatan terutama bermain sambil belajar di samping pendekatan bersepadu dan
bertema serta ICT. Garis panduan yang sedemikian di dalam kurikulum prasekolah
kebangsaan menampilkan satu persamaan iaitu penglibatan aktiviti menyeronokkan. Jelas
sekali pendekatan yang digunapakai menunjukkan keseriusan aktiviti bermain digunakan
oleh guru yang kadang kala dianggap sebagai aktiviti yang dianggap banyak membuang
masa kanak-kanak oleh sesetengah pihak.
Kepentingan bermain dalam dunia pendidikan kanak-kanak khususnya di
prasekolah memerlukan orang dewasa sebagai individu yang bertanggungjawab dalam
kehidupan belajar kanak-kanak. Salah satu peranan penting ialah mewujudkan persekitaran
yang penuh kasih sayang dan merangsang minda serta fizikal kanak-kanak. Oleh itu, adalah
penting bagi kita menggunakan kemahiran yang boleh membantu kanak-kanak untuk
melaksanakan tanggungjawab kita dengan lebih baik.
Seseorang kanak-kanak itu mula menyerap maklumat sejak dia dilahirkan (Maria
Montessori). Maklumat-maklumat ini sebahagian besarnya diperolehi daripada ibu bapa.
Oleh itu, ibu bapa bertanggunagjawab sepenuhnya dalam pembelajaran awal anak-anak
mereka, dan peranan mereka sebagai guru adalah penting. Penglibatan ibu bapa dalam
aktiviti bermain kanak-kanak boleh dihubungkaitkan dengan perkembangan intelek dan
emosi kanak-kanak ( Singer, 1973; Dun and Wooding, 1977). Suatu kajian berskala kecil
(Manaf, Norimah, Sharifah, Wong, 2007) yang telah dilakukan oleh sekumpulan pelajar
Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak di bawah penyeliaan penulis telah membuktikan
bahawa penglibatan positif ibu bapa dapat meningkatkan tahap kekreatifan minda kanakkanak.
Begitu juga dalam kajian oleh Swadener and Hohnson (1989) yang telah
membuktikan pendapat yang sama.

Kepentingan Main Dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Dalam bahagian ini, penulisan artikal hanya akan memberi penekanan terhadap
pentingnya bermain di prasekolah mengikut aspek perkembangan yang tertentu sahaja.
Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain. Antara beberapa contoh aktiviti yang
boleh dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon dan
bercerita dan lain-lain contoh yang boleh dikategorikan di bawah definisi main. Drama yang
digunapakai sebagai salah satu aktiviti di prasekolah boleh membina konsep kendiri yang
positif kepada kanak-kanak dan memberikan kepada mereka pengalaman bahawa terdapat
jawapan yang betul atau salah seperti kata McCaslin (2000).
“Drama builds positive self-concepts in children as they participate in experiences
that have no right or wrong answers”
Drama juga dapat menilai dan menghormati identiti tersendiri kanak-kanak dan
ekspresi kreatif mereka. Disamping itu drama kreatif juga dapat menawarkan pembelajaran
secara kerjasama dan berpasukan melalui perkongsian pengalaman (Heller,1996). Verriour
(1994) pula menyatakan drama membolehkan kanak-kanak menghasilkan situasi abstrak
yang bermakna.
Selari dengan penemuan mengenai drama sebagai salah satu aktiviti bermain yang
banyak meninggalkan kesan positif, input aktiviti ini di dalam Kurikulum Prasekolah di bawah
Komponen Kreativiti dan Estetika menunjukkan bermain bukan sesuatu yang tidak penting.
Bukan juga sesuatu yang wujud untuk tujuan komersial. Malah merupakan satu aktiviti yang
banyak memerlukan penglibatan aktif sehingga boleh dinyatakan idea serta ekspresi diri
serta berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor disamping
memupuk nilai estetika.
Selain dari drama, berlakon merupakan salah satu lagi aktiviti bermain yang lazim
dipraktikkan oleh guru di tadika. Sebagai contoh kanak-kanak berlakon dan berimaginasi
bermain masak-masak seperti situasi yang sebenar dan dalam situasi sebegini, mengikut
Wilhelm & Edminston (1998)
In creative drama, children act “as if” their imagined world were an actual world and
represent familiar feelings, thoughts, and actions for themselves rather than memorizing a
script for an audience.
Terdapat banyak kajian terkini ke atas pentingnya bermain di kalangan kanak-kanak
tadika atau prasekolah ( Jensen,2000 ,2001; Shore, 1997; Christie, 2001; Frost, Wortham, &
2001). Kajian mereka menyatakan
play is a scaffold for development, a vehicle for increasing neural structures, and a
means by which all children practice skills they will need in later life.
Banyak lagi kepentingan main dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak
yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Bahagian berikut ini akan menerangkan
pentingnya bermain mengikut yang lebih spesifik berdasarkan perkembangan yang tertentu.

Perkembangan fizikal.
Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan
perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran
tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif
menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini
membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa
lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak
menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang
amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune&
Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003).

Perkembangan sosial dan emosi
Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada
pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh
kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalam
kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998)
menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat
mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk
meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain,
mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.


Perkembangan Kognitif
Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran
kanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpasti
kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap ( McCune & Zanes, 2001:
Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky, 1980 ; Holmes &
Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) ( Burns & Brainerd,1979);
memori ( Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993). Jelas menunjukkan bahawa proses
pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti
Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain.
Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa.
Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat
pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberi
panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima
kepada kanak-kanak.


Peranan Guru Dalam Menggalakkan Main
Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan di
pusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta
persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak.
Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai langkah awal,
untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan, guru-guru perlu
menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti :
• Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dan
kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak.
• Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untuk
melakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta setiap
hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksible kepada
perubahan.
• Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak
langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan
kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakang
pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan asas
mereka.
• Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kala
mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam hubungan
interpersonal. Mereka mungkin merasa cepat letih terutama dari segi minda
terhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan serentak.
• Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar. Kecuali
guru itu seorang yang ‘belajar sepanjang hayat’, di mana sentiasa mengambil berat
terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisma dan menjadi seorang model
pelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan keberkesanan ini lambat laun
akan berkurangan.

Hala Tuju Main dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Main seperti yang telah dibincangkan di atas mempunyai peranan penting dalam
perkembangan kanak-kanak bukan sahaja dari aspek 3M tetapi juga dari aspek sahsiah dan
tingkahlaku seseorang individu kanak-kanak. Kurikulum prasekolah kebangsaan khususnya
sentiasa menggalakkan komunikasi dan imaginasi serta permainan yang dapat dan boleh
menarik minat dan menggembirakan kanak-kanak. Bagaimanapun apa yang berlaku ialah
walaupun kurikulum prasekolah kebangsaan sendiri mengalakkan permainan, kadangkadang
terdapat tadika yang kurang memberi perhatian terhadap main.
Persoalannya adakah main tidak digunakan kerana ia membebankan kanak-kanak
dan guru? Atau adakah main yang digunakan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak selepas
penat membuat aktiviti akademik lain di bilik darjah? Atau adakah main digunakan sebaik
mungkin di bilik darjah kerana mereka yang mengajar seharusnya peka kepada maksud
kaedah main sambil belajar? Adakah main hanya sebagai mitos teori idealist atau yang
memang sepatutnya digunapakai? Kesimpulannya tepuk dada tanya minda khususnya
untuk kesinambungan generasi celik akal baik di sekolah maupun di tempat lain.

Sunday, March 1, 2009

i love this song but sometimes it makes me sick!


Mariah Carey - Bye Bye Lyrics

This is for my peoples who just lost somebody

Your best friend, your baby, your man or your lady
Put your hand way up high
We will never say bye (no, no, no)
Mammas, daddys, sisters, brothers, friends and cousins
This is for my peoples who lost their grandmothers
Lift your head to the sky
'Cos we will never say bye

As a child there were them times

I didn't get it but you kept me in line
I didn't know why you didn't show up some times
On Sunday mornings saying I miss you
But i'm glad we talked through

All them wrongful things seperation brings
You never let me know it, you never let it show
Because you loved me and obviously
Theres so much more left so say
If you were with me today face to face

Chorus:
I never knew I could hurt like this
And everyday life goes on like
“I wish I could talk to you for awhile”
“Miss you but I try not to cry”
As time goes by
And as soon as you reached a better place
Still I’ll give the world to see your face
And we were here next to you
It feels like you're gone too soon
Now the hardest thing to do is say bye bye
(Bye bye bye bye bye bye) x3
Bye bye

And you never got a chance to see how good I’ve done
And you never got to see me back at number one
I wish that you were here to celebrate together
I wish that we could spend the holidays together

I remember when you used to tuck me in at night
With the Teddy Bear you gave me that I held so tight
I thought you were so strong
You'd make it through whatever
It’s so hard to accept the fact you’re gone forever

This is for my peoples who just lost somebody
Your best friend, your baby, your man or your lady
Put your hand way up high
We will never say bye (no, no, no)
Mammas, daddys, sisters, brothers, friends and cousins
This is for my peoples who lost their grandmothers
Lift your head to the sky
'Cos we will never say bye, bye

So this is for everybody
You put your hand to the sky
'Cos we will never say bye bye)

sad moment...

pada suatu petang, tengah syok relax2,saya dikejutkan dengan satu berita buruk..orang yang paling kami sayang telahpun meninggal dunia..nampaknya Tuhan lebih sayangkan dia..time tu, memang sedih giler la..kepala saya pOn "hang" jap sebab tak tau nak watpa..sebab time tu saya dah ready nak g program BIG keesokkan harinya,suma barang dah ready..camana tu??dah la AJK Kebudayaan lagi tu, banyak kerja nak diurus time malam penutupan nanti..tapi akhirnya setelah berjaya mendapat pengecualian dari HEP, settle satu hal..tapi lom selesai lagi tau, ingat senang ke nak balik Sarawak?dari petang sampai ke malam (dekat kul 9) akhirnya berjaya uruskan tiket balik (time tu airasia Twu-KK dah abis,nasib baik ada MAS,kalu tak,sia2 aje saya mintak cuti)..
19hb tu plak masalah nak g airport..nasib baik ada kawan yang praktikum..dengan slumber kluar tak bagi Pass Pelajar (terpaksa sebab malas nak berurusan dengan Janz Force yang banyak songeh tu)..malam baru sampai ke destinasi,fulamak! penat giler!
apa2pun, may he rest in peace forever! Amen!
(walaupun saya terlepas mengikuti program BIG kali ni (yg kunun2nya tak besh), tapi saya tetap tidak dapat melarikan diri jugak...terpaksa la saya join BIG dengan batch PISMP10 nanti..adeh!)



Fire! Fire!

kebakaran??jangan risau, ni bukan kat kampus la,actually kat hometown saya (Mukah)..kebakaran kat pekan lama aje..besa la, bangunan pOn dah lama, pasni ada bangunan baru lagi..mula2 memang la terkezut, ingatkan area bangunan baru yang terbakar..lega!

Happy Valentine's Day!



pizza frenzy! gambar2 ni adalah sebahagian daripada gambar yang saya ambik time valentine's day..dipendekkan criter, pagi 14hb tu ada kuliah ganti la plak...sengal! dah la time takde air..so dengan muka tak malu ni kami balik kuliah (masih dengan baju pj) g bandar..mandi la sana..huhu..pastu celebrate valentine's day kat pizza hut..wah makan besar geng! 2 bijik pizza skligus! nasib tak pengsan..malam plak kmorg kunun2nya nak celebrate valentine's day untuk ladies yang tak dapat balik jumpa bf dan families tapi sebenarnya nak celebrate birthday pinky (awal sket dari tarikh birthday sebenar, 20hb Feb)..kmorg buat party surprise khas untuk pinky..memang happenin' la jugakkk...pastu kami leypaq kat bistro jap, makan pizza (la, takde mende len ke nak makan?)..sambil2 tu tengok bola dan cuci mata tengok couple2 len celebrate valentine's day dorg..time balik tu plak terkezut tak terkata (speechless!) sebab saya dapat bunga ros dari orang handsome..fulamak! cam mimpi aje.. walaupun dia cam playboy, gasak ler..huh! pastu oleh sebab dah letih sangat, kami balik dan zzzzzzz....

Minisukan IPGM Kampus Tawau

ni time minisukan kat kampus kami (untuk pemilihan KAGUM permainan)..dan ni plak gambar orang2 yang tak ikut acara..actually, dorg ni ada team sendiri, tapi malangnya kali ni acara dorg tak tersenarai dalam minisukan..urm..kecewa la tu, sebab tu berposing ntah pape, betul tak, geng??ihik..takpe len kali acara renang kuak lentang korang tu mesti ada dalam list..
urm,gambar time sukan tu plak saya tak dapat upload kat sini la..saya tak jumpa folder gambar tu..alamak! sengal! time tu ada perlawanan futsal (L&P), hoki (L&P), bola keranjang, bola jaring, bola sepak & badminton..gempaq tau!

sportsday!


JOM bersukan! saya pOn minat bersukan tapi tak la aktif sangat sampai ke tahap atlet ni (atas sebab kesihatan)...kat sebelah ni gambar kaki-kasut saya dan kengkawan saya..yang mana satu agaknya saya punya yerk?yang takde kasut tu NOT ME,k..ihik..

ma present??

ni ler hadiah yang saya dapat daripada kawan2 time bithday ke-20..wah! kalu tengok dari segi hadiah, cam saya ni masih muda dari umo aje kan..
anyway, thank you to my fwenz, bro & her gf..ma sis??ala...lambat lg la nak blk, tak leh jadi nie..

Happy Birthday!



HAPPY BIRTHDAY! it's my 20th birthday! kalu nak bawak saya g mana2, jangan risau, dah cukup umur ni..ihik..anyway, thanks to all my friends (erma,apip,suzie,pinky,heni,ann,kenneth,christine&bro ahmad) yg buat surprise ni (walaupun dah byk kali bg kantoi) tapi yg ni memang betul2 menjadi la plak plannin' korg..huhu