Thursday, April 2, 2009

Pendidikan Prasekolah di Malaysia

LATAR BELAKANG

Garis Panduan Kurikulum Prasekolah telah digubal buat pertama kali semasa Projek imbuhan dijalankan pada tahun 1973 hingga 1983.
Sempena dengan perlaksanaan program pendidikan prasekolah ‘annex’ iaitu penubuhan tadika di sekolah rendah seluruh negara maka garis panduan yang sedia ada pada masa itu disemak semula mengikut perkembangan semasa dan keperluan agensi yang menjalankan pendidikan prskeolah. Garis panduan itu telah diterbitkan pada tahun 1993.
Akta Pendidikan 1996 telah menaikkan martabat pendidikan prasekolah dengan memasukkan pendidikan prasekolah ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Sehubungan dengan itu satu garis panduan kurikulum prasekolah yang juga dipanggil kurikulum prasekolah telah diterbitkan pada tahun 1998 dan dikuatkuasakan penggunaannya mulai 1 Januari 1999 untuk semua tadika di negara ini.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Satu program bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah

KOMPONEN KURIKULUM PRASEKOLAH

Komponen Bahasa Dan Komunikasi
Komponen Perkembangan Kognitif
Komponen Kerohanian dan Moral
Komponen Perkembangan Sosioemosi
Komponen Perkembangan Fizikal
Komponen Kreativiti dan Estetika

No comments:

Post a Comment