Tuesday, May 5, 2009

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kecacatan Autisme:

ciri-ciri khusus:-

  • Perlakuan yang bongkak
  • Ketawa dengan tiba-tiba
  • Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
  • Tidak mengenali bahaya.
  • Tidak merasai kesakitan.
  • Menangis dan marah tanpa sebab.
  • Permainan yang luar biasa.
  • Tidak mahu didakap.
  • Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
  • Berkelakuan seperti orang pekak.
  • Tiada perhubungan mata bila bercakap.
    • Memutar barang.
    • Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
    • Tingkahlaku aktif keterlaluan.
    • Tidak mahu terima pelajaran biasa.
    • Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.
    • Takut dan cemburu berlebihan.

Kecacatan Sindrom Down:

ciri-ciri khusus:-

  • Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.
  • Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.
  • Mata sentiasa berair dan merah.
  • Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.
  • Bentuk muka yang kecil.
  • Bahagian kepala leper.
  • Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.
  • Majoriti berambut lurus dan lembut.
  • Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.
  • Berbadan gembal dan rendak.
  • Badan yang agak bongkok.
  • Suka bermanja, bermain dan gembira.
  • Dapat bergaul dengan baik.
  • IQ di antara 30 hingga 80.
  • Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.

Kecacatan Akal Ringan:

ciri-ciri khusus:-

1. Idiot

· Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.

2. Imbersil

· Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.

3. Moron

· Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.

· Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.

· Lambat berjalan dan lambat bercakap.

4. Lembab

· Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.


Kecacatan Akal Berat:

ciri-ciri khusus:-

  • Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.
  • Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.
  • Air liur yang meleleh tanpa kawalan.
  • Sukar bernafas.
  • Sukar tidur dan terjaga waktu malam.
  • Selalu menangis.
  • Sukar bercakap dan memahami orang lain.
  • Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.
  • Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.
  • Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.
  • Tidur yang berlebihan.
  • Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.


Kecacatan Hyperaktif:

ciri-ciri khusus:-

  • Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.
  • Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
  • Tidur yang tidak tetap.
  • Terlalu kerap menangis atau ketawa.
  • Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
  • Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
  • Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
  • Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.


Akta 550

Akta Pendidikan 1996 ini juga dikenali sebagai Akta 550. Akta ini menggantikan Akta Pelajaran 1961. Akta 550 ini telah mengugurkan beberapa peruntukan dari Akta Pelajaran 1961 yang tidak sesuai dan hanya mengekalkan nama yang masih sesuai sahaja. Akta ini juga adalah berpaksikan perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang telah menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Majlis Perundingan Akta Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1990. Terdapatnya pendahuluan pada Akta 550 yang menyatakan kepentingan dan hala tuju Dasar Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi landasan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Akta 550 dibahagikan kepada 16 bahagian dengan 156 seksyen.
Pendidikan prasekolah diperuntukkan di bawah bahagian IV Akta Pendidikan Kebangsaan iaitu di dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan Bab 2. Terdapat 7 seksyen yang diperuntukkan untuk pendidikan prasekolah iaitu seksyen 20 sehingga seksyen 26. Seksyen 50 yang diperuntukkan di bawah Bab 10 dikira terpakai dalam pendidikan prasekolah kerana seksyen ini menghuraikan tentang pengajaran agama di institusi pendidikan.
2.2 Jenis-jenis seksyen ( Akta 550 )
Seksyen 20 – larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika
Seksyen 21 – kuasa menteri untuk menubuhkan tadika
Seksyen 22 – kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan di semua
tadika.
Seksyen 23 – bahasa pengantar di tadika
Seksyen 24 – kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan
Prasekolah
Seksyen 25 – bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak
Seksyan 26 – ketidakpakaian seksyen 18 dan 19
Seksyen 50 – pengajaran agama Islam

Akta Pendidikan 1996

SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Bab 1—Sistem Pendidikan Kebangsaan
15. Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri
daripada -
(a) pendidikan prasekolah;
(b) pendidikan rendah;
(c) pendidikan menengah;
(d) pendidikan lepas menengah; dan
(e) pendidikan tinggi,
tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat.
16. Kategori institusi pendidikan.
Maka hendaklah ada tiga kategori institusi
pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, iaitu—
(a) institusi pendidikan kerajaan;
(b) institusi pendidikan bantuan kerajaan; dan
(c) institusi pendidikan swasta.

17. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
utama.
(1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa
pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam
Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis
kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau
mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan
oleh Menteri daripada subseksyen ini
(2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu
institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa
kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah
diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi
pendidikan itu.
18. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh
semua sekolah.
(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum
yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang,
tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan
oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan.
(2) Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan di
bawah subseksyen (1) hendaklah menentukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan
diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh
persekolahan masing-masing dan hendaklah termasuk
mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual dan
apa-apa mata pelajaran lain yang ditetapkan.
(3) Dalam hal sekolah swasta, subseksyen (1)
hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika mata pelajaran
teras Kurikulum Kebangsaan yang dinyatakan dalam
Jadual diajarkan di sekolah itu.
(4) Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui
perintah yang disiarkan dalam Warta menambah,
meminda atau mengubah Jadual.

19. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi
peperiksaan yang ditetapkan.
Tiap-tiap sekolah hendaklah menyediakan muridmuridnya
bagi peperiksaan yang ditetapkan oleh atau di
bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat
di bawah Akta ini melainkan jika dikecualikan selainnya
oleh atau di bawah Akta ini.


Bab 2 — Pendidikan Prasekolah
20. Larangan terhadap penubuhan, pengendaIian atau
pengurusan tadika.
(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau
diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di
bawah Akta ini.
(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah
melakukan suatu kesalahan.
21. Kuasa Menteri untuk menubuhkan tadika.
Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta
ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.
22. Kurikulum prasekolah.
Program dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah
berasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yang
diluluskan oleh Menteri.
23. Bahasa pengantar di tadika
Walau apa pun subseksyen 17(1), bahasa-bahasa selain
daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai
bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika
menggunakan bahasa selain daripada bahasa
kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan
sebagai mata pelajaran wajib.

24. Kuasa untukmembuat peraturan berhubungan
dengan pendidikan prasekolah.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk
melaksanakan peruntukan Bab ini.
25. Bab 2 tidak terpakal bagi taman asuhan kanakkanak.
Peruntukan Bab ini tidaklah terpakai bagi taman asuhan
kanak-kanak yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah
mana-mana undang-undang bertulis berhubungan
dengan taman sedemikian.
26. Ketakpakaian seksyen 18 dan 19.
Seksyen 18 dan 19 tidaklah terpakai bagi tadika.


*(ini hanya sebahagian daripada Akta Pendidikan 1996. Untuk mendapatkan nota secara detail, juz come n see me )

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK

Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak telah diterima dengan rasminya oleh Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu yang ke -44 pada 20 November 1989 secara konsensus. Pada 26 Januari 1990, Konvensi itu telah dibuka untuk ditandatangani ketika menyambut ulang tahun ke-30 Deklarasi Hak-hak Anak (1959-1989) dan ulang tahun ke-10 Tahun Antarabangsa Kanak-kanak (1979-1989). Konvensi mengenai Hak Anak telah dikuatkuasakan pada 2 Spetember 1990 selepas 30 hari ianya diiktiraf oleh 20 negara.

Kerajaan Malaysia telah menandatangani konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak pada 28.12.94 dan telah gunapakai pada 7.2.95 akan tetapi Kerajaan Malaysia telah membuat reservasi terhadap fasal 1,2,7,13,14, 15,22,28,37,40 kerana bertentangan dengan dasar, undang-undang dan amalan nasional. Tetapi reservasi-reservasi tersebut akan ditarik balik pada keadaan dan masa yang sesuai oleh kerajaan Malaysia. Pada 25.2.99 Kerajaan telah menarik balik beberapa reservasi dan masih lagi mengadakan reservasi bagi fasal 1,2,7,13,14, 15,28 para 1(a) dan fasal 37.

Secara umumnya, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak mendorong Kerajaan supaya lebih bertanggungjawab untuk kesejahteraan kanak-kanak sebagai mengiktiraf hak mereka. Konvensi itu juga menghuraikan segala keperluan kanak-kanak berasingan dari keperluan orang dewasa.


Konvensyen tersebut mengandungi tiga bahagian dan 54 artikel yang disusun seperti berikut:

Bahagian I: 41 artikel mengenai Hak kanak-kanak.
Bahagian II: 4 artikel mengenai pelaksanaan dan penguatkuasaan Konvensyen serta implikasi bagi
negara-negara anggota.
Bahagian III: 9 artikel mengenai pengiktirafan konvensyen dan implikasinya.


Konvensyen itu menekankan bahawa kanak-kanak di bawah umur 18 tahun mempunyai hak seperti:

  1. Untuk hidup, membesar dengan sihat, menikmati taraf hidup dan pemeliharaan yang sempurna serta belaian kasih sayang dalam suasana kekeluargaan.
  2. Untuk mendapat identiti sebagai individu dan warganegara dan;
  3. Untuk mendapat perlindungan dari kesukaran atau rintangan dalam hidup semasa dalam kecemasan, peperangan, dalam pelarian, dalam keadaan tidak berupaya dan dari exploitasi atau jenayah.


Konvensyen itu juga menghuraikan segala keperluan kanak-kanak berasingan dari keperluan orang dewasa dengan mengambilkira keperluan seperti:

  1. Kerjasama antarabangsa dalam usaha memberi perlindungan kepada kanak-kanak;
  2. Peranan dan tanggungjawab keluarga dan negara dalam memberi perlindungan dan menjaga kepentingan kanak-kanak;
  3. Memberi tekanan kepada hak kanak-kanak membesar mengikut budaya, kepercayaan atau agama, keluarganya;
  4. Memberi perlindungan kepada kanak-kanak sebatang kara yang memerlukan keluarga ganti/pelihara; dan
  5. Memberi hak taraf kewarganegaraan kepada semua kanak-kanak

Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Puisi Hari Guru

Apa yang ada pada nama
kalau hanya tegak sebagai tugu
dirai penuh meriah
diberi nama Hari Guru.

Dengan nyanylan merdu penuh semangat
ucapan dan kilauan pingat
juga genggaman mesra tangan pemerintah
yang mungkinkah cuma berpura-pura
atau semuanya pendusta
yang hanya sebagai pembeli sebuah maruah
bernama pendidikan.

Kerana
tidak tertanam di jiwa seluruh generasi
akan erti jasa dan budi
golongan guru yang bernama pejuang
titian kemanusiaan.

Relakah kita dengan identiti
guru adalah obor
guru jaring kesempurnaan
tetapi telah terhakis
oleh budaya materialistik?

Guruku
Bangkitlah!
menyapu bersih yang tercemar
oleh laungan mereka yang tidak mengenal
erti sekalung budi
atas segala pengorbanan.

Hari Guru
tegaklah dirimu sebagai pejuang
menghidupkan yang hilang
kaum guru penyuluh jalan
pendidik masyarakat terbilang.