Sunday, August 30, 2009

How to find a site that has been erased from the internet?

When a site has been cleared of the Internet, it must succeed in retrieving the cache it, because some sites and search engines stores sites in what is called the cache, and that's how you can find your site even if it is offline or the version of your site that dates back several months.

For example, access to the cache of your site through,
www.archive.org

Or,
Warrick

But still, the Firefox extension,
Resurrect Pages

There is even a web browser (based on Internet Explorer) specially dedicated to archive websites is available here
Google Cache Explorer

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Selamat Menyambut Hari
Kemerdekaan Ke-52
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Holy Trinity...


Holy Trinity Catholic Church, Tawau
Rev. Fr. Cosmas Lee (Rektor Paroki)


Rev. Fr. Thomas Madanan (Pembantu)


Batu l'/2 Jin. Melati, Peti Surat 21, 91007, Tawau. Sabah


Tel: 089-772226 Fax. 765894.




>>>i love this view! especially the painting..


Tuesday, August 11, 2009

Perogol Siber

Modus Operandi Baru seorang Perogol
Perogol bukan lagi melepak di tepi jalan dan menunggu mangsa untuk diratah namun bertukar menjadi jenayah tersusun apabila mereka mengkaji sifat mangsanya terlebih dulu sebelum bertindak.
Perbuatan itu lebih senang dilakukan jika perogol berkomunikasi secara maya tanpa perlu mendedahkan identiti terutama wajahnya terlebih dulu memandangkan proses hubungan itu memerlukannya mencungkil seberapa banyak maklumat sebelum menjerat mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa.


Gejala ini masih berleluasa walaupun ia tidak membabitkan statistik besar, namun perkembangan Internet yang berleluasa sedikit sebanyak memberikan perogol idea baru mencari mangsa mereka. Internet menjadi sebahagian hidup terutama golongan muda kini. Menghalang mereka menggunakan Internet seolah-olah melumpuhkan separuh hayat mereka.

Mangsa Sasaran Perogol Siber
Janis Wolak dari Universiti New Hampshire memaklumkan kajian ke atas jenayah seks mendapati perogol menggunakan Internet yang mensasarkan kanak-kanak atau remaja sebagai mangsa mereka.

“Kebanyakan lelaki dewasa menggunakan Internet untuk mengganggu kanak-kanak atau remaja sehingga mengajak mereka melakukan hubungan seks. Ia berlaku sejak zaman Internet mula diperkenalkan lagi,” katanya.

Katanya, perogol siber menggunakan pelbagai perkakasan komunikasi dalam Internet seperti mesej ringkas, e-mel atau laman sembang untuk berjumpa dan memulakan hubungan intim dengan mangsa. “Malah, terdapat kajian menunjukkan lima peratus pesalah berlakon sebagai budak remaja apabila mereka mahu berjumpa bakal mangsa secara online,” kata Wolak.

Jelas, ini membuktikan tidak semua maklumat yang diperoleh di Internet boleh dipercayai.
Malah, dalam kebanyakan kes ia meletakkan risiko serta bahaya terutama kepada kanak-kanak yang masih belum dapat membezakan antara palsu dan kebenaran.

Berdasarkan kes dilaporkan polis, ternyata Internet boleh menjadi perantara yang cukup mudah untuk penipu mahupun perogol melakukan jenayah. Jika wanita dewasa yang dikira cukup matang untuk membezakan antara palsu dan benar juga boleh tertipu, apatah lagi kanak-kanak.


Bagaimana untuk mengelaknya?
Beberapa perkara utama yang perlu ditekankan ibu bapa kepada anak ialah tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang asing atas alasan apa sekalipun.

Maklumat ini termasuk nama penuh, alamat, nombor telefon, tarikh lahir, nama sekolah atau alamat e-mel serta nama orang lain termasuk ahli keluarga.

Langkah-langkah bagi membendung gejala ini seperti disyorkan laman e-keselamatan:
1. Anak kecil tidak boleh menggunakan ruang sembang - bahayanya cukup besar. Apabila mereka semakin besar, halakan mereka ke ruang sembang yang diawasi dengan rapi.
2. Jika anak anda menyertai ruang sembang, pastikan anda tahu ruang yang mereka lawati dan dengan siapa mereka berbual. Awasi kawasan bual itu sendiri untuk melihat jenis perbualan yang berlangsung.
3. Arahkan anak anda agar tidak meninggalkan kawasan awam dalam ruang sembang. Kebanyakan ruang sembang menawarkan kawasan peribadi yang mana pengguna boleh berbual antara satu sama lain secara lebih peribadi.
4. Pastikan komputer yang disambung pada Internet diletakkan di ruang kegunaan bersama dalam rumah dan bukan di dalam bilik anak.
5. Jika anak masih kecil, mereka perlu berkongsi alamat e-mel keluarga dan bukannya mempunyai alamat e-mel sendiri. Apabila mereka semakin besar, anda boleh meminta Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk menetapkan alamat e-mel berasingan, tetapi e-mel anak anda masih berada dalam akaun anda.
6. Jika semua langkah pencegahan gagal dan anak anda tetap menemui pemangsa dalam talian, jangan salahkan mereka. Penjenayah itu harus bertanggungjawab sepenuhnya. Ambil tindakan tegas untuk menghalang anak anda daripada menghubungi orang itu lagi.


Rakan Facebook

Dunia di hujung jari, kenyataan yang seringkali kita dengar, sinonim dengan perkembangan teknologi zaman kini. Segala maklumat yang di inginkan boleh diperolehi dalam sekelip mata, dengan menekan satu butang. Apatah lagi dengan kewujudan fenomena laman sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace, Friendster dan lain-lain. Maklumat peribadi boleh didapati dengan mudah sekali.

Dengan Facebook, misalnya, memudahkan kita berhubung dengan rakan-rakan yang lama terpisah sejak masing-masing menamatkan zaman persekolahan. Namun sesuatu yang menggangu minda saya adalah, sejauh mana kita kenali rakan Facebook kita? Lihatlah akaun masing-masing, jumlah rakan yang di kumpul meningkat ke angka ratusan, mungkin juga ribuan. Sekilas pandang umpama artis terkenal.



Tetapi pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri, siapakah gerangan rakan Facebook ini? Adakah rakan tadika yang lama terpisah, kenalan baru yang dijumpai di kafe semalam, ataupun pembunuh bersiri?


Mungkin agak keterlaluan dan menakutkan jika saya katakan kemungkinan rakan Facebook kita adalah pembunuh bersiri, tetapi siapa yang tahu, di kala zaman siber, manusia boleh ‘meminjam’ identiti dan adakalanya manusia juga boleh berubah. Penampilan rakan sekolah dahulu seperti ‘nerd’, kini boleh menjadi seorang ahli perniagaan yang kacak bergaya. Si popular salam kelas mungkin kini seorang penagih dadah.

Disebabkan perubahan ini, kita wajar mengambil langkah berjaga-jaga ketika memilih rakan Facebook. Nasihat ibu masih terngiang-ngiang di telinga, pandai-pandailah memilih teman dan menegur orang yang tidak dikenali. Prinsip inilah yang harus dipegang semasa memilih rakan siber juga. Tambahan lagi apabila maklumat peribadi selengkapnya beserta gambar-gambar peribadi ditayang di laman Facebook ini. Manusia pelbagai ragam, maka untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini, seperti maklumat peribadi disalahgunakan atau gambar diri sendiri dalam keadaan mencurigakan, langkah berjaga-jaga harus di ambil.

Bukan sekadar menggempurkan kalian, tetapi anggaplah sebagai tauladan. Perkara sebegini pernah berlaku kepada teman saya sendiri. Akibat cemburu, gambar peribadi ketika berpesta telah disebarkan kepada seorang pensyarah di universiti. Mungkin di universiti lain, ini bukanlah perkara yang besar, namun di universiti ini, kelakuan pelajar di dalam dan di luar universiti mesti mencerminkan peribadi dan akhlak Muslim sejati. Dibuang kerja ataupun dibuang universiti kerana perkara sebegini bukanlah sesuatu pengalaman yang indah.

Ada juga rakan saya yang diikuti peminat misteri kerana menyatakan di mana dia akan berada di dalam ruangan ’status update’nya. Memikirkan semua rakan Facebook merupakan kawan lama, dia menganggap status update mengenai aktiviti hariannya tidka membahayakan. Tetapi setelah berlaku peristiwa tersebut, beliau lebih berhati-hati. Perlukah satu dunia mengetahui segala maklumat mengenai kita dengan terperinci? Nampak sahaja glamor hidup sebagai seorang yang terkenal. Tetapi pernahkah kita selami hati mereka, bagaimana mereka sentiasa mengharapkan dapat menjalani hidup yang normal tanpa orang mengambil tahu tentang peribadi mereka. Tanpa kehidupan harian dijadikan topik bualan orang ramai, tanpa perlu resah ada seseorang yang mengikuti mereka sepanjang waktu.

Kalian boleh menganggap ini semua sebagai risau yang tidak berasas, mungkin juga saya seorang yang worrywart, tapi fikirlah sejenak..




Friday, August 7, 2009

‘Ganasmu Pok Su’

tadi ada tutorial Murid dan Alam Belajar..penat giler nak salin nota...kepala aku pOn dah pening....baca nota kat LCD yg terlalu byk dan colourful.....then.......aku try la baca myMetro(online)...
dlm byk2 berita, aku memang terkezut dgn berita ni.."Ganasmu Pok Su" ..sebab aku dah bosan baca berita H1N1 ni..

KUALA TERENGGANU: Usianya sudah mencecah 61 tahun dan sepatutnya keperluan seks dan tuntutan nafsu bukan lagi keperluan utama terutama ketika isterinya yang terlantar di rumah memerlukan perhatian rapi akibat sakit tua.Namun, akibat tidak dapat menahan gelora nafsu, lelaki warga emas terbabit kini direman empat hari bagi membantu siasatan selepas dia berahi melihat seorang janda beranak sembilan berusia 51 tahun yang juga jirannya, kelmarin.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata lelaki itu bukan saja terpaksa bermalam di lokap, malah turut cedera di kemaluan selepas mangsa cabulnya menghentak lutut pada bahagian sulit suspek bagi menyelamatkan diri.Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi selepas mangsa berjalan untuk menoreh di kebunnya yang terletak beberapa meter dari rumahnya di Kampung Bukit Perpat, Ajil, Hulu Terengganu sebelum secara tiba-tiba dihampiri lelaki berkenaan.

“Sebaik berjalan di satu lorong, mangsa dikatakan terserempak dengan seorang lelaki dikenali dengan panggilan ‘Pok Su’ sebelum suspek terus memeluknya dari depan menyebabkan wanita itu panik walaupun cuba meronta supaya dilepaskan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ‘Pok Su’ sempat mencium leher, menyelak baju dan menghisap payu dara mangsa menyebabkan hasrat wanita warga emas itu mencari nafkah terbantut akibat perbuatan jijik lelaki itu.“Ketika cuba terus diperkosa, wanita itu terpaksa bertindak mempertahankan diri sebaik mendapat peluang, dia menendang kemaluan suspek dengan lutut.“Sebaik disepak, suspek terlepas pelukan menyebabkan wanita berkenaan melarikan diri dan mendapatkan bantuan orang ramai,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.Harian Metro difahamkan, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Wakaf Tapai, Marang, kira-kira jam 7.30 malam sebelum sepasukan anggota polis menahan suspek di rumahnya di kampung sama untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

##apa nak jadi la dgn manusia sekarang ni......semakin tinggi ilmu tapi semakin rendah harga diri...