Tuesday, May 5, 2009

RINGKASAN TEORI PSIKOANALISIS

CIRI UTAMA DALAM TEORI PSIKOANALISIS

Dalam pandangannya tentang fitrah manusia, Freud
mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang
semulajadi (inborn drives). Berdasarkan kepada pandangan
ini lahirlah konsep antirasionalisma dalam segala gerak-
geri manusia. Fahaman ini berpendapat manusia tidak
rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang
merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak
dapat membawa arah kepada nasib haluannya.

Tingkahlaku manusia lebih digalakkan oleh naluri
kehaiwanan (Animalistic instincts) dan desakan
biologikal. Desakan yang paling utama adalah desakan
mendapatkan kepuasan nafsu swadiri (self gratification).
Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki
atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas
naluri dan desakan yang jahat ini. Desakan-desakan
kejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman
dalam masyarakat. Dalam ertikata yang luas termasuklah
juga kekeluargaan. Dengan demikian, maka diadakan ciri-
ciri sosialiasi. Sekiranya sosialiasi ini tidak berlaku,
maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh
merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat sendiri.
Apabila kesedaran ini berlaku, maka individu dianggapkan
bilazim.



PERKEMBANGAN PERSONALITI

Tenaga psike. Kefahaman tentang psikoanalisis
memerlukan penilitian aspek tenaga psike yang meliputi
konsep (1) Penentuan Psike dan (2) Tahap Bawah Sedar.

Penentuan Psike. Konsep ini bermaksud bahawa semua
tingkahlaku dan reaksi emosi manusia itu mempunyai sebab
yang tertentu. Pada lazimnya berkait rapat antara
hubungan sesama insan. Dalam ertikata lain, ada
perkaitan antara tahap sedar dengan tahap tidak sedar,
antara pemikiran yang rasional dengan tindakan atau
gerakkan emosi yang sertamerta.


Fahaman tenaga psike di dalam individu bermaksud
desakan yang berasaskan kepada konsep LIBIDO. Konsep
libido in lebih menyerupakan suatu desakan seksual
sebagai tenaga hidup atau EROS (tenaga kehidupan). Dalam
pengertian yang lebih luas, libido merupakan desakan
tenaga seksual kejantinaan yang luas dan tidak tertunpu
hanya kepada maksud seks yang sempit, tetapi termasuk
segala aspek kepuasan swadiri. Desakan yang kedua dalam
tenaga psike adalah desakan aggresi atau THANATOS
(kehendak mati).

Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yang
semulajadi semenjak seseorang itu dilahirkan. Penentuan
psike ini berkait dengan kenyataan yang dikatakan awal
tadi bahawa manusia sebagai individu tidak dapat membawa
arah kepada nasib haluannya. Naluri desakan biologikal
itu lebih kuat mempengaruhi tingkahlaku manusia. Dalam
kaunseling mengikut fahaman psikoanalisis, proses yang
mustahak adalah bagi memberi fokus kepada konflik yang
belum selesai yang berasal dari pengalaman semasa kecil.
Dalam fahaman psikoanalisis, bagi mengubah haluan proses
kaunseling, kaunselor perlu mengkaji latar belakang dan
sejarah pengalaman kliennya.



TAHAP KESEDARAN

Konsep ini adalah penting dalam teori psikoanalisis,

selain dari Penentuan Psike. Dalam pemikiran manusia,

keadaan sedar merupakan satu tahapyang paling rendah dari

segi keutamaan tahap kesedaran. Psikoanalisis menyatakan

bahawa ada tiga tahap kesedaran:

(1) SEDAR (Concious)

(2) PRASEDAR (Preconcious)

(3) BAWAH SEDAR (Unconcious)




PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT PSIKOANALISIS

Selain dari penghuraian tentang konsep kesedaran ini

dan kesannya terhadap perkembangan personaliti,

psikoanalisis juga telah membahagikan personaliti manusia

itu kepada tiga struktur:

(1) ID

(2) EGO

(3) SUPER EGO




MEKANISME BELA DIRI

Mekanisme bela diri berlaku bagi menjaga pembentukan

ego yang sedia ada dalam pengalaman seorang individu.

Mekanisme bela diri berpandukan kepada pengalaman yang

tersirat pada peringkat bawah sedar dalam struktur ego.

Seorang individu belajar hasil dari pengalamannya tentang

segala contoh dan kegiatan berkaitan naluri diri bagi

memuaskan kehendaknya. Apabila fungsi ego yang sedia ada

tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling,

seorang individu akan secara tanpa sedar menggunakan

mekanisme bela diri bagi menangani keadaan yang dihadapi.


2 comments:

  1. hoho. grce.. post la life aw inan meyh. pic ka. kew lok pgu bha.. haha

    ReplyDelete
  2. relax2 bah....view la bln jan-apr...

    ReplyDelete