Tuesday, May 5, 2009

Puisi Hari Guru

Apa yang ada pada nama
kalau hanya tegak sebagai tugu
dirai penuh meriah
diberi nama Hari Guru.

Dengan nyanylan merdu penuh semangat
ucapan dan kilauan pingat
juga genggaman mesra tangan pemerintah
yang mungkinkah cuma berpura-pura
atau semuanya pendusta
yang hanya sebagai pembeli sebuah maruah
bernama pendidikan.

Kerana
tidak tertanam di jiwa seluruh generasi
akan erti jasa dan budi
golongan guru yang bernama pejuang
titian kemanusiaan.

Relakah kita dengan identiti
guru adalah obor
guru jaring kesempurnaan
tetapi telah terhakis
oleh budaya materialistik?

Guruku
Bangkitlah!
menyapu bersih yang tercemar
oleh laungan mereka yang tidak mengenal
erti sekalung budi
atas segala pengorbanan.

Hari Guru
tegaklah dirimu sebagai pejuang
menghidupkan yang hilang
kaum guru penyuluh jalan
pendidik masyarakat terbilang.

No comments:

Post a Comment