Tuesday, May 5, 2009

Akta Pendidikan 1996

SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Bab 1—Sistem Pendidikan Kebangsaan
15. Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri
daripada -
(a) pendidikan prasekolah;
(b) pendidikan rendah;
(c) pendidikan menengah;
(d) pendidikan lepas menengah; dan
(e) pendidikan tinggi,
tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat.
16. Kategori institusi pendidikan.
Maka hendaklah ada tiga kategori institusi
pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, iaitu—
(a) institusi pendidikan kerajaan;
(b) institusi pendidikan bantuan kerajaan; dan
(c) institusi pendidikan swasta.

17. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
utama.
(1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa
pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam
Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis
kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau
mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan
oleh Menteri daripada subseksyen ini
(2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu
institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa
kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah
diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi
pendidikan itu.
18. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh
semua sekolah.
(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum
yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang,
tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan
oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan.
(2) Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan di
bawah subseksyen (1) hendaklah menentukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan
diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh
persekolahan masing-masing dan hendaklah termasuk
mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual dan
apa-apa mata pelajaran lain yang ditetapkan.
(3) Dalam hal sekolah swasta, subseksyen (1)
hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika mata pelajaran
teras Kurikulum Kebangsaan yang dinyatakan dalam
Jadual diajarkan di sekolah itu.
(4) Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui
perintah yang disiarkan dalam Warta menambah,
meminda atau mengubah Jadual.

19. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi
peperiksaan yang ditetapkan.
Tiap-tiap sekolah hendaklah menyediakan muridmuridnya
bagi peperiksaan yang ditetapkan oleh atau di
bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat
di bawah Akta ini melainkan jika dikecualikan selainnya
oleh atau di bawah Akta ini.


Bab 2 — Pendidikan Prasekolah
20. Larangan terhadap penubuhan, pengendaIian atau
pengurusan tadika.
(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau
diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di
bawah Akta ini.
(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah
melakukan suatu kesalahan.
21. Kuasa Menteri untuk menubuhkan tadika.
Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta
ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.
22. Kurikulum prasekolah.
Program dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah
berasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yang
diluluskan oleh Menteri.
23. Bahasa pengantar di tadika
Walau apa pun subseksyen 17(1), bahasa-bahasa selain
daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai
bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika
menggunakan bahasa selain daripada bahasa
kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan
sebagai mata pelajaran wajib.

24. Kuasa untukmembuat peraturan berhubungan
dengan pendidikan prasekolah.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk
melaksanakan peruntukan Bab ini.
25. Bab 2 tidak terpakal bagi taman asuhan kanakkanak.
Peruntukan Bab ini tidaklah terpakai bagi taman asuhan
kanak-kanak yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah
mana-mana undang-undang bertulis berhubungan
dengan taman sedemikian.
26. Ketakpakaian seksyen 18 dan 19.
Seksyen 18 dan 19 tidaklah terpakai bagi tadika.


*(ini hanya sebahagian daripada Akta Pendidikan 1996. Untuk mendapatkan nota secara detail, juz come n see me )

No comments:

Post a Comment