Tuesday, May 5, 2009

Akta 550

Akta Pendidikan 1996 ini juga dikenali sebagai Akta 550. Akta ini menggantikan Akta Pelajaran 1961. Akta 550 ini telah mengugurkan beberapa peruntukan dari Akta Pelajaran 1961 yang tidak sesuai dan hanya mengekalkan nama yang masih sesuai sahaja. Akta ini juga adalah berpaksikan perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang telah menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Majlis Perundingan Akta Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1990. Terdapatnya pendahuluan pada Akta 550 yang menyatakan kepentingan dan hala tuju Dasar Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi landasan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Akta 550 dibahagikan kepada 16 bahagian dengan 156 seksyen.
Pendidikan prasekolah diperuntukkan di bawah bahagian IV Akta Pendidikan Kebangsaan iaitu di dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan Bab 2. Terdapat 7 seksyen yang diperuntukkan untuk pendidikan prasekolah iaitu seksyen 20 sehingga seksyen 26. Seksyen 50 yang diperuntukkan di bawah Bab 10 dikira terpakai dalam pendidikan prasekolah kerana seksyen ini menghuraikan tentang pengajaran agama di institusi pendidikan.
2.2 Jenis-jenis seksyen ( Akta 550 )
Seksyen 20 – larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika
Seksyen 21 – kuasa menteri untuk menubuhkan tadika
Seksyen 22 – kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan di semua
tadika.
Seksyen 23 – bahasa pengantar di tadika
Seksyen 24 – kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan
Prasekolah
Seksyen 25 – bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak
Seksyan 26 – ketidakpakaian seksyen 18 dan 19
Seksyen 50 – pengajaran agama Islam

No comments:

Post a Comment